Hari ini akk Nak cerita sikit bila korang nak sewa rumah . Lagi2 yang baru kahwin lepas nak duduk sendiri. Sewa rumah ni bukan main masuk je. Lagi2 rumah orangkan.. Setiap rumah bulan2 akan bayar dekat bank. Dah tentu laa owner nak jaminan yang anda rumah die . Korang masuk dengan baik nanti dah nak keluar rumah die mesti okey macam mula-mula masuk.
.
Sini ada terma -terma yang kena faham.
1- Sewa Pendahuluan (Adv Rental)
Ni bermaksud anda kena stanby duit untuk bulana pertama. Contoh masuk 1 Oct … So bulan oct dah kira bayar. Next bayaram pada 1 Nov .. Haa Macam tu simple jee.
2- Security Deposit
Ni deposit owner akan simpan . Bila korang nak keluar nanti owner akan check rumah . Kalau kata ada rosak deposit ni akan tolak. Biasa security deposit ni owner akan mintak 2 bulan jika rumah die cantik dan ada perabut. Kalau kata rumah tu kosong biasa owner akan mintak 1 bulan sahaja.
3- Security Utilies (Bil Air/Bil Api)
Ni security untuk bill api dan air . Rumah biasanya bil api & air atas nama owner. Jadi terlalu banyak kes penyewa keluar tanpa lunaskan bill. So pemilik rumah berhak untuk letakkan deposit ulities . Kalau rumah ada guna aircond pemilik rumah akan letak 1 bulan security . Jika sekadar Lampu Kipas biasa 0.5 sahaja.
4- Agreement fee.
Ini termasuk stamping Lhdn dan proses buat agreement.
Bila korang dapat term macam ni
A + B + C
2 + 1 + 1
2 + 1 + 1/2
1 + 1 + 1
1 + 1 + 1/2
A Security Deposit
B Bayaran Sewa Pendahuluan (Adv Rental)
C Security Utilies
So korang boleh kita sendiri lah.. Cume agreement fee tu bergantung kepada agency and peguam yang di lantik.
Yang mana ada perkataan ” Security ” semua jumlah yang anda bayar akan di pulangkan selepas anda pulangkan kunci. Make Sure korang jaga rumah elok2..
Next nanti Fiza ajar kirakan deposit lebih details. Jadi Korang dah faham laa mcm ne nak kira sendiri.